14 November 2009

Lega.........

Lega betul dah sabtu!!! Hari ni saya plan nak bangun lambat. Tapi cita-cita itu sume terbengkalai kala Wafiq smackdown the mummy yang tengah sedap beradu. Terus segar bugar mata ku ini!!

Seyes la minggu ni mata saya memang rabak. Nasib baik buleh cover ngan compact yang dah tinggal seciput. Selama ni tak pernah mata saya dapat "bulatan kehitaman". Seorang yang kuat tido (ikut perangai bonda) memang beruntungkan huahuahua.

Eh kalo u all apa petua nak hilangkan "bulatan kehitaman" mata ya? Meh la share.


Opss mata saya belum tahap camni ya!!



13 November 2009

Bag sakti!!

Jom teka apa ada dalam tu!!!

p/s: Saya pun mau bag baru!!!


Marah!!

Wafiq marah!!!!
Marah sambil nanes. Orang yang tengok gelak-gelak hahahhaha

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Wafiq marah kene paksa bergambar ngan Cik Lats!!
Siap kene pegang kepala nak bagi budak ni duduk diam. Huhuhu

12 November 2009

Owh!!

Ni mms daddy send kat mummy tadi.
Sian Wafiq baru bape hari demam muntah-muntah dah susut. Saya dukung pun dah ringan.



Owh Wafiq!!!

Wafiq...... wafiq dimanakah kamu??? Kamu nyuruk dalam baju mummy ek???

Hahahaha musim orang bunting, so aii pun verangan sat tengah buntal cam dedulu!!! Time ni dah masuk 8 bulan. Pi Melaka sebab adik saya Fazly menikah kat sana. Lepas kenduri di Putrajaya terus la saya nak terberanak sebab lasak sangat. Bahaya wooooo... tapi lagi bahaya berat saya naik 25kg!!


11 November 2009

Tips lagik!!

Last week dalam merajuk-merajuk tu sempat saya bagi tips ek hehehe. So meh saya sambung lagik. Ada yang bagi idea bernas gak so jom kite share.

1. Background

Yeah ini penting tuk memeriah kan umah u all. Ala macam pilih cat dinding kat umah. Takkan u all nak pilih kaler bapak segala striking silau. Then nak duduk dalam umah pun kene pakai sepek itam!!

Begitu juga dalam blog, sebuleh-bulenyer pilih kaler yang menarik dan mudah di baca oleh blogger lain. Contohnya tulisan itam background putih. Itu paling bagus. Kalo ade kaler sila pilih tulisan yang mudah dibaca!!

Pastu sila jangan terlalu semak. 1st impression bak orang kata. Kang rugi anda, umah dah terbuka tapi tarak sapa mau datang!!



2. Font


Saya sungguh malas nak hadap tulisan penuh warna warni ni. Dah la rabun kang bertambah-tambah rabun. Tapi seyes blogger ni memang rajin sebab buat sebijik-sebijik kaler.

Untuk rakan-rakan blog saya tolong jangan rajin ya. Kang aii yang tak rajin nak baca hehehehe.


3. Lagu

Err ini request dari blogger. Saya hadap blog memang speaker off. Kalo nak tengok video baru saya on kan. Ada lagu ni sedap, meriah blog. Tak la sunyi. Tapi ada orang rasa macam gangguan.

Saya dulu pun ade lagu lam blog. Pastu bile nak tengok blog orang yang ade video cam menyampah plak ngan lagu lam blog sendiri hahahha. So abih cite saya remove. Lega telinga capang aii ni ekekeke.


4. Penulisan ayat.

Wow ini lagik satu, sila jangan pakai shortform contoh : b4 (before). Kang ade yang tak reti membaca seperti En Faiz, terpaksa pulak si bini bacakan.

Saya dulu pun suka gak type guna ayat short-short ni. Tapi sejak bonda saya komen. Tak paham apa yang saya repekan, terus saya menaip ngan ayat full. Susah gak nak taip full2 ni. Letih jari. Ala macam menaip sms zaman sekarang la. Penin nak baca tau!!



Cukup la 4 ek!! Saya pun dah matik idea ni hehehe.

Opss saya mau reply komen lam entry ni.

Waduh-waduh rupenyer ramai yang suka pakai "......". Jangan marah ek. Dulu saya pun habit gak. Tapi slow-slow la u all ubah kalo bule. I tak paksa pun. Kalo cerite sedap aii tutup mata je baca heheheh.


Wafiq & daddy!!

Malam semalam start pukul 12am Wafiq muntah-muntah non stop. Bule kate setiap 15 minit muntah. Then En Faiz pun start muntah. Dedua muntah time yang sama.

Nasib baik la si daddy reti masuk toilet. Cume Wafiq je la dalam tido pun buleh muntah. Kesian betul saya tengok sebab muntah dah keluar tak de isi.

Dalam 3 lebih saya tengok condition dierang makin teruk saya kejut abang ipar mintak bawak ke APSH. Kat sana Wafiq kene masuk ubat kat bontot untuk tahan muntah. Dapat la die tido sampai pukul 6.

Dan nasib baik jugak dierang tak kene tahan kat sepital. Cume kalo berlarutan baru la MO tu suh datang balik.

Alhamdulillah muntah-muntah dah takde, tapi semalam saya kene cuti jaga dierang yang demam pulak. Arini saya masuk office lambat sikit sebab 3x malam tadi bangun tuk mandikan Wafiq. Demam die cecah 38.8 deg. Kalo arini tak ok gak kang saya kene bawak pi sepital semula.

Muntah-muntah die maybe disebabkan food poisoning. Kelmarin En Faiz makan kuih telinga k3ling. Die beli kat RnR otw balik dari KLIA. Wafiq pun makan kuih tu gak. So saya rase sebab kuih tu kot.

Eh ok la..... saya ade keje ni. Pale plak weng2 tak cukup tido. Tq ek doakan Wafiq ngan daddy ok......


10 November 2009

Sakit!!!!

Wafiq dengan the daddy muntah-muntah non stop. Saya keletihan sebab tak tido......


Tempat Wafiq pulak!!

Aritu tengok tempat toys Ayra yang paling kemas, so arini meh tengok tempat toys Wafiq yang "terkemas" pulak.

Kemas kan?? Hahaha........ nasib baik la bawah tangga, tunggang terbalik cam kapal karam pun saya tak kisah!! Tapi sesekali saya kemaskan gak. Ade la 1/2 jam cantik berkemas tapi lepas tu "terkemas" semula heehhehe.

09 November 2009

Kisah P.E.N.A.T

Sabtu dari pagi saya jadi maid mengemas umah super duper besar. Kain nak jemur, dah kering kene lipat. Singki kalo ade 10, sepuluh2 kot penuh. Seb baik ade 2 je. Pastu siap kan lunch Wafiq. Hmm macam-macam la. Sampaikan mood nak balik umah parents pun terbantut. Yelah duduk menumpang so kene la reti-reti buat kerje kan??

So petang tu En Faiz ajak pi window shopping. Dia cakap muka saya dah macam maid indon sob sob sob. Mau tak muncung buat keje.... kemas sepah kemas sepah. Sengal tul!!

En Faiz pujuk gak nak bawak saya pi berjalan. Tau sangat kalo bini die merajuk peel cam hapa je!! So disebab kan En Faiz dah gigih kemas barang-barang Wafiq, terpaksa la saya siap kan si kecik. Maka berwindow shopping la kami di Lot Sepuluh. Terjebak sikit membeli barang tapi khas tuk En Faiz sahaja.

Ahad En Faiz pujuk lagik balik Putrajaya. Lewat gak la sebab malam kami tido lewat hehe. Owh adik saya Ella dah ada kat umah mak. Nur Ain Eryna. Camera tarak next time la nak tengok muke anak buah baru saya. Dah puas lepak kat presint 8 kami ikut Mila ke umah baru di presint 17.

Wow no bad. Jeles tengok orang ade umah sendiri. Sob sob. Besar pulak tu umah dia. Wafiq excited tak sudah. Lelagi jumpe Elesya yang sebaya. Tapi anak jantan gua main ngan pompuan yang sikit-sikit nanes memang die lagik suke. Slamdunk ikut suke. Seb baik la sepupu kalo orang lain matik la omak ko nak mintak mahap berjuta-juta lemon!!

Balik Cheras lepas marghrib. Malam start kol 10 Wafiq tak mo tido. Dah ngantuk cranky2. Tapi bercakap pulak dalam gelap. Macam-macam saya baca tapi vulu rhome tegak berdiri. Haih ade je yang duk ikut Wafiq.

Terpaksa lah saya panggil En Faiz masuk bilik. Mandi kan Wafiq tukar baju baru lagik sekali. En Faiz baca peluk die, menangis melalak sampai muntah. Udah satu kereja. Tapi seb baik sempat muntah dalam bilik ayor so kurang kereje hehehehe.

Sudah ok so saya pun cube tido kan die balik. Tup-tup dah nak lelap bule la pulak mamat ni bangun dalam gelap-gelap turun katil pi bercakap dengan sapa tah!! Itu time gua sudah hangin.

Yelah the mummy pun cranky gak keletihan, tapi Wafiq takmo tido. So saya pun panggil la balik the daddy masuk bilik tido tepi sama. Sebab vulu rhome saya makin menjadik-jadik tegaknyer!!

Seb baik la lepas tu Wafiq dah nak tido.... so saya pun layan la tido heheheh. Sekian laporan P.E.N.A.T saya!!

p/s : Jangan lupe makan Bidadari
p/s : Jangan pergi umah kawasan baru lagik!!
p/s : Jangan tido lewat hahahahahh
p/s : Jangan merajuk kang kene bedal!!



Kepala hijau jugak!!

Mode P.E.N.A.T membuatkan saya tension dan stress kat office ni. Lelagi melayan call orang tak reti bahasa. Muka dah macam nak makan orang kalo u all tengok!!

Tapi saya tak jadi nak makan orang bile

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

En Faiz mms picture penawar kalbu saya. Sengih-sengih saya dalam stress tu.

Wafiq dengan new helmet. Helmet ni saya pesan dari Yana ibu pada Ammar. Masa memule dapat aritu Wafiq tak reti pakai lagik. Yang die tau peluk bawak pusing-pusing satu umah hehehe.

Then aritu saya pun cuba la letak kat kapla saya dan duduk atas pushcar die. Duduk testing je. Gile korang nak duduk betui-betui pecah plak pushcar Wafiq. Bile Wafiq tengok mummy die main pushcar die.... die pun sibuk tolak saya nak main sama. Habih la jatuh mummy die kene tolak.

Bukan tu saja..... siap die amik helmet kat kepala saya. Dia pun pakai, naik pushcar pi jauh-jauh. Pergh dengki tul. Tapi bagus la dah reti nak main. Kalo tak terbiar je pushcar ngan helmet tu heheheheh. So itu tips kalo u all tengok bebudak tu tak heran main toys dierang!!! Cuba lah mana tau menjadik!!


p/s : Ahaks ini lah bahana nyer kalo skip amik bidadari. Nampak sangat saya pun tak konsisten minum bidadari........

P.E.N.A.T

Saya betul-betul penat harini.
Macam tak ada tenaga je.
Letih ya hamat.
Nak bangun tido pun rase malas.
Korang penat tak??


07 November 2009

Hari Sabtu!!

Hari sabtu hari saya jadi maid. Dapat duduk sekejap on laptop konon nak bloghopping.... tapi hari sabtu ramai tak updet blog. Termasuk la haku ekekkek.........

Apa plan arini??


06 November 2009

Spider

Ini la spider yang membuat kan abang ipar saya dan wife die tido dalam bilik maid kat bawah last week. Besar kan?? Tapi along (BIL) cakap yang die jumpa lagik besar tau!!!

Spider ni En Faiz yang tangkap. Jumpe dalam toilet. Kebetulan pulak saya baru keluar dari toilet. Huh meremang vulu rhome ku.......

Owh musang pandan yang lepak kat rumah saya aritu dah check out kot. Bau wangi udah tiada dan orang perhilitan pun tak nampak muka. Sungguh efisyen kerja u all ya!! Kalo la musang ni makan orang, then berita kuar tv pasal musang ni. Baru la kot korang nak buat kerja!!!

Sungguh aii tak laju.......

Perbualan di petang hari..............

Suami : Ayang laju tak kete ni??

Isteri : Hmm biasa je (ala2 cover)

Suami : U tak drive laju ke?? (sambil sengih2)

Isteri : Mana ada aye kan pemandu berhemah. Drive ikut speed je la!!

Suami : Cey u ingat i tak tau. Pepagi u drive sampai drop gear tu apa kebende. U ingat aye tido mati kat sebelah??

Isteri : Kehkehkeh......... u tido berdengkur bukan lena ke?? (alamak kantoi)

Motif disini " JANGAN TIPO SOMI" ekekekekeke

05 November 2009

Tak tahan!!

Tadi Lin tanya pasal Q-She betui ke buleh banyakkan air susu ibu. Hmm sengal sungguh penjual ni (aku la tu). So si penjual sengal ni pi la tanya pada yang arif lagik pakar.


Yup memang betui Q-She membanyakkan pengeluaran air susu ibu di samping meng "up" kan lagik boobs. Tang boobs mantap tu memang tidak di nafikan sebab kawan office saya yang pulun amik ni, boobs & montot nyer teguh sungguh heheeh.

So saya ni kene start enjin amik Q-She la. Lelagi sejak dah stop BF Wafiq, boobs ni ala2 je (get it?). Rugi saya tak order skalik. Baru semalam post kat sorang blogger ni. Hehe nak tau blogger tu sapa?? Tunggu hasilnye!!

Yeah ini link yang Lin bagi kat saya tadi. Baca la!!


Jangan lupe singgah blog My Healthy Store!!!





Blogger Bertuah GIVEAWAY!!

Yea yea disini saya nak umumkan blogger bertuah pilihan En Faiz. Jangan di tanya apa kriteria yang di pilih ye. Dan jangan pula anda berkecik hati jika tak dipilih. Next GIVEAWAY anda buleh cuba lagik!!

Sessi pemilihan di buat tepat jam 12 malam tadi. Terkekeh-kekeh En Faiz gelak baca entry u all. Gelak sebab u all merepek tentang saya yang sengal ni hehehe. Jangan marah yea...... at least En Faiz dapat release tension lepas exam.

So (drum roll please).................... TAHNIAH!!!!!!!


Pilihan pertama juri :-


Pilihan kedua juri:-
CIKPID



Pilihan ketiga juri:-

Tahniah pada blogger bertuah diatas dan jangan lupa bagi address dan nombor telefon ke fozalin @ yahoo dot com.



Terubat.....

Yelah-yelah saya takmo majuk lama-lama. Cukup la sehari dua. Tapi pada sesapa yang kenal peel saya ni sure gerun dengar aii majuk. Sebab majuk saya buleh makan berbulan-bulan hehehehe.

Terima kasih pada teman-teman yang terima komen saya dalam entry ni. Saya pun ade buat mistake so sebab tu saya nak share ngan u all. Tak rugi share mende ni pun bagi saya sebab nanti hasilnya u all gak dapat.

Kisah merajuk ni bukan hanya pasal blog. Saya stress kot. Yelah kat office kene bambu ngan bos even bukan salah saya, then dalam blog pula ada orang tak puas hati. Ingatkan balik umah boleh lupakan semua, tapi kene bebel pulak.

Mau tak bernanah telinga ni. Hasilnye duduk dalam toilet sambil mandi sambil mengalir air mata. Saya pun tak tahu kenapa mudah sangat kecil hati. Mungkin sebab saya takde sesapa nak share macam-macam kot!!

Ye saya ade suami, tapi jika ia melibatkan family dia baik saya pendam.

Ye saya gak ade parents ngan adik badik, tapi bagi saya lepas kawin susah senang tanggung la sendiri. Takmo mak pak den risau. Cukup la dierang risaukan yang lelain.

Ye saya jugak ade kawan-kawan yang sure nak share bahu, tapi takkan nak ngadu hari-hari kan??

Ye saya jugak ade blog, tapi blog yang penuh keceriaan tak patut di hujani ngan problem saya.

So solution saya pendam sahaja. Bukan bermakna saya tak bersyukur dengan semua ni ye. Tapi bagi saya ade hikmah disebalik semua ni........

Kalo tak tahan saya akan private kan blog, then leh cite macam-macam kan??

Jangan risau saya dah ok, so saya akan teruskan perjuangan (cewah) dalam berblog ni hihihi.


MUMMY DAH OK!!!


Woot woot woot - RESULT GIVEAWAY DAH ADA!!!!


04 November 2009

Owh blog!!

Saya mula merepek dalam blog pada April 2006. Kalau tak percaya sila tengok pada archive saya. Zaman tu belum ade contest antara blogger, belum ade follower, belum ada link list.

Ramai gak blogger zaman tu dah hilang. Ade la tinggal bape kerat sekarang ni. Dulu blog saya berupdet ade la 5 kali sebulan. Sekarang blog ni tak sah kalo sehari tak berupdet. Tambahan sejak dah ada Wafiq saya makin rajin merepek meraban.

Saya merepek kali ni bukan nak tunjuk u all saya ni pandai sangat ber blog. Ramai lagik hitnya yang hebat. Saya pun masih belajar berblog dengan kawan-kawan.Tapi untuk peringatan pada sendiri jugak, saya nak share camne cara nak berkawan dalam blog.


1. Follower

Contohnye kalo 1st time u all datang baca kat blog orang tu, u all tak tau kisah hidup dia. Tak perlu la paksa2 tuan punya blog tu follow blog anda. Anda pun baru baca 3@4 entry je.

Saya rasa ramai blogger komplen tentang ni. Follower saya ramai gak. Sungguh saya tak sangka. Tapi saya follow blog orang pun bape kerat je. Jangan risau, link list saya yang berupdet saya pi jenguk kawan-kawan. Kadang-kadang, saya jadi silent reader je......... then bile tergerak nak tinggal jejak baru la saya komen.

Kalo u all nak tinggal jejak cuma bagi salam dan komen pada entry berkenaan sahaja. Tak perlu paksa-paksa tuan blog add link anda. Kalo tuan punya blog baik hati dia akan add link anda. Senang kan? Hati tuan punya blog pun tak sakit, anda pun tak kene maki.


2. Gambar

Kedua, bagi saya blog kalo tak bergambar tak menarik kan? So apa kata u all amik gambar sebijik pun jadi la. So tak boring orang nak view. Tapi gambar tu pasti kan clear even pakai HP.

Bukan lah bermakna kalo jadi blogger kene ade DLSR or compact. Asal bergambar dan sedap mata orang tengok sudah la. Pastu jangan pulak u all letak gambar sekecik alam sampai nak kene pakai kanta pembesar. Saya pun pernah buat silap pasal gambar ni... tak caya korek entry 3 tahun sudah!!

3. Ayat dalam blog.

Ini pun bule buat orang sakit mata. Sila buat perenggan. Pastu jangan lupe bubuh noktah. Kang orang penin baca mana satu awal dan akhir. Jangan pakai "...................". Rimas mata tau.

Then pakai font besar sikit. Yang sedap mata memandang. Kang orang rabun macam saya ni, terpaksa tambah power spec pulak sebab nak membaca blog anda.

4. Komen

Kalo anda sempat komen pada blog yang anda baca tu lagi bagus. Saya perasan satu la..... ade blogger yang bersikap pilih kasih. Contoh "aku glemer so buat apa aku nak komen dalam blog korang yang baru setahun jagung??". Betui tak?

Seboleh-boleh komen la dalam blog yang anda kenal tu. Tapi kalo anda silent reader ok fine dendiam sudah.

5. Pilih Kasih

Lagik satu jangan la u all pandang pada rupe blogger tu. Contohnya, saya yang freehair dan ala2 sexy ni.... mendapat pandangan sinis dengan blogger yang bertudung litup (segelintir).

Takkan sebabkan saya nak berblog saya kene ikut sama cara hidup anda?? Takkan pulak saya nak cakap "mati nanti kubur sendiri2 la!!" Opss kesat kan bahasa tu??

Yea saya pun belajar ilmu agama...... tapi jangan la judge saya sampai begitu. Jangan pula bermuka-muka baik, tapi kutuk orang macam saya ni. Saya sedih sangat!!!


Cukup la 5 tips je........ kang ade yang kata saya tak sedar diri. Mementang ramai baca blog saya, saya nak komplen macam-macam. Apa kata kawan-kawan blog check 5 tips kat atas tu dulu. Kalo ade penambahan esok-esok saya bagi tips lagik.

Saya suka orang ade blog ni, lelagi kawan sekolah. Boleh tau life dierang camne sekarang. Kalo tak kene call hari-hari hehehehe.

Maaf ye kalo ade yang terasa dengan entry ni. Tapi saya ikhlas nak u all punya blog pun sedap dibaca.

p/s : Ini entry orang merajuk!!!


!!!!!!!!!!!!!

-SAYA MERAJUK-







Blog Widget by LinkWithin